Mulakan dengan...

Mulakan dengan...

Monday, January 18, 2010

ENDOMETRIOSIS MAKIN MERUNCING

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar darah kotor atau darah haid.



Bagaimana endometrium terjadi?

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada:

1- OVARI/ Kilang telur
2- UTERO SACRAL LIGAMENT/ Belakang rahim
3- TIUB FALLOPIAN/ pundi-pundi kencing,
4- di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan.
5- Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.


Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).

PUNCA ENDOMETRIOSIS

*Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

* Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.

* Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

* Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti paste coklat.


Simptom-simptom endometriosis

SENGGUGUT

* Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.

Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.

Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Kesakitan sewaktu bersama

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.

Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.

Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

Mendiagnos penyakit endometriosis

Daripada tanda-tanda/simtom-simtom tersebut kita sering mengesyaki pengidap berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis mereka menjalani pemeriksaan ultra-saun melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila dibahagian dalam ditekan dengan jari doktor bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami masalah ketidaksuburan telahpun berulang-kali gugur disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita tersebut hamil , kerana keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Kehamilan itu sendiri merawat endometriosis daripada merebak.

Pembedahan untuk membuang pertumbuhan endometriosis

Jika terdapat pengumpulan darah yang banyak dan busuk iaitu chocolate cyst ataupun keadaan kedudukan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery yakni tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena pertumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim yang terbalik dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat sumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga akan diperbetulkan sekali.

Selain daripada cara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan untuk merwat penyakit ini. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana di antara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lain-lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan pertumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas terdapat ubat-ubatan terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dalam bentuk berbagai jenama seperti Zoladex.

Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid. Kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan berat badan juga merupakan satu kesan sampingan juga.

Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat tersebut untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan ia berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

*Tetapi amalan mengawal pemakanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin terutama dari jenis ikan dan kacang soya.

*Latih diri untuk tenang fikiran dan jauhi gangguan emosi. Gunakan kaedahkaedah untuk menangkis stress dengan berfikiran positif.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang terakhir bagi mereka yang mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak.

Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja seharian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian serta menyebabkan masalah hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita untuk membuat amal ibadah

Jika ini berlaku, tiada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umur 40 lebih tetapi dalam keadaan di mana penyakit itu sangat teruk. Kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun apabila tiada harapan lagi untuk wanita itu hamil.

Rumusan

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak diketahui tetapi menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.

Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat.

Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional boleh digunakan selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik.

Mungkin juga terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan kembali subur seperti biasa.


Petikan dari http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=72&Itemid=214&limit=1&limitstart=1

Sunday, January 10, 2010

Kepentingan Detox

Seperti sedia maklum, sejak lahir kita telah makan pelbagai makanan, minuman dan juga menghirup bermacam-macam pencemaran udara.

Dalam makanan harian terdapat pelbagai perisa, pewarna, bahan kimia atau racun serangga yg terdapat dalam sayuran, suntikan pada ayam dan sebagainya.

Udara yang dihirup pula telah dicemari oleh pelbagai bahan-bahan kimia daripada kilang, kenderaan, jerebu, asap rokok dan sebagainya.

Air sungai dan laut juga dicemari oleh pencemaran hasil pembuangan toksid yang tidak disedari oleh kita.

Semua ini akan menyumbang kepada sejumlah toksin dalam usus. Sebelum sebarang nutrien atau khasiat daripada apa yang kita makan sampai ke seluruh organ dalam badan, ianya akan sampai dan diproses oleh usus terlebih dahulu. Apa yang diperlukan badan akan diserap masuk dan bahan yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui najis, pembuangan air kecil atau perpeluhan.

Bahan yang tidak dikeluarkan melalui pembuangan akan tinggal kekal dalam usus, melekat pada dinding usus sebagai najis kering yang sukar dilupuskan. Najis kering akan menyebabkan toksin dan angin dalam badan. Toksin akan menyebabkan kurangnya oksigen. Dalam satu kajian, orang dewasa berumur 30 tahun ke atas mempunyai 10-15 kg najis kering. Dengan ini kebanyakan penyakit berpunca daripada usus yang kotor.

Apabila kesemua najis kering disingkirkan daripada usus, badan kita dapat menyerap khasiat dan nutrien makanan yang kita makan dengan lebih baik dan teratur disamping badan kita akan menjadi lebih sihat. Produk bagi setiap yang dimakan dpt dimanfaatkan sepenuhnya oleh badan dan kesan pengambilan akan menjadi lebih berkesan amnya.

Pengambilan detox dengan inter-cleanse terlebih dahulu sesuai diambil sebelum meneruskan pengambilan produk kesihatan yg lain. Secara tidak langsung, apabila usus bersih kita dpt bekerja dengan lebih baik. Segala macam yang tidak diperlukan oleh badan dapat dikeluarkan supaya tidak terjadi najis kering yang berlonggok, lemak tepu dan sebagainya yang menyumbang kepada kegemukan dan kenaikan berat badan.

Harus diingat setiap produk perlu diambil secara betul untuk mendapatkan kesan yang optima dan mesti mengamalkan minuman yang cukup sebaik-baiknya 8 gelas sehari.

Friday, January 8, 2010

Bagaimana tingkatkan METABOLISMA dalam badan??

Metabolisma ialah kadar di mana badan akan membakar kalori yang diambil dari makanan untuk digunakan sebagai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian. Sama ada anda makan, minum, tidur, bekerja, mengemas rumah, dll, badan akan sentiasa membakar kalori untuk mengelakkan pengumpulan lemak.

Metabolisma dipengaruhi oleh komposisi badan iaitu lemak dan otot. Otot akan menggunakan lebih banyak kalori berbanding lemak. Oleh itu, badan yang berotot lebih tinggi metabolismanya berbanding dengan badan yang tinggi kandungan lemak. Oleh itu, kadar metabolisma amat penting untuk menjaga berat badan dan mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan.



Cara-cara untuk meningkatkan metabolisma badan:

1. Get active - Ini adalah cara untuk menambah otot badan yang mana akan meningkatkan kadar metabolisma badan.Lakukan senaman secara teratur dan konsisten.

2. Eat little and often (small and frequent) - Makan sedikit tetapi kerap akan meningkatkan metabolisma badan.

3. Don't skip meals - Jangan sesekali meninggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kerana ini akan menurunkan kadar metabolisma badan.

4. Eat plenty of protein-rich foods - Research menunjukkan sekitar 25% calorie dari makanan yang tinggi protein (ayam/daging/ikan/susu) akan digunakan oleh badan (burnt off).Tetapi,hendaklah memilih protein yang rendah lemak seperti daging/ayam tanpa kulit dan susu/hasil tenusu rendah lemak.

5. Spice up meals - Rempah seperti cili akan meningkatkan metabolisma sebanyak 50% selepas 3-4 jam.

6. Take green tea - Teh hijau mengandungi anti-oksidant yang akan tingkatkan metabolisma badan.

7. Have a sauna - Keadaan panas akan meningkatkan metabolisma lebih kurang 20%.

Tanda-Tanda Diabetis

Ada pesakit yang tidak merasa tanda-tanda mendapat diabetes. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku:

1. Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

2. Sentiasa merasa dahaga

3. Lapar yang keterlaluan terutama selepas makan

4. Susut berat badan walaupun selera makan meningkat

5. Merasa letih dan lesu

6. Pening dan kadang-kala muntah

7. Luka dan kudis yang lambat sembuh

8. Mudah terkena jangkitan kulit

9. Gatal terutama di bahagian kemaluan

10. Merasa kebas kaki dan tangan

11. Penglihatan menjadi kabur


Bolehkah Diabetes Sembuh?

Jawapannya tidak. Pesakit hanya boleh mengawal dari mendapat komplikasi yang sering berlaku pada pengidap diabetes. Ini boleh dilakukan dengan kawalan pemakanan, senaman yang kerap, mengekalkan berat badan ideal dan pengambilan ubat/insulin secara teratur.

OBESITI/KEGEMUKAN...adakah anda???


Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti?

Orang yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, melebihi 45 kilogram berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.

Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.


Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.



Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):



Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
Strok (angin ahmar)
Tekanan darah tinggi
Batu hempedu
Diabetes (kencing manis)
Paras kolestrol darah yang tinggi
Gout
Sakit di bahagian bawah belakang badan
Sukar bernafas
Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
Gangguan pembuangan air kecil
Penyakit hati
Barah usus 


Wednesday, January 6, 2010

Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi

Pengenalan

Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Tekanan Darah Abnormal

Kategori
Sistolik

Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90

Penyebab-penyebab

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & dan gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi-komplikasi

Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
  • Rawatan tanpa ubatan
    • Anda perlu mengubah cara hidup seperti
      • Kurangkan pengambilan garam
      • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
      • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
      • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
      • Hindari stress
  • Rawatan Ubatan 
Jom Sihat bersama DCL :)