Mulakan dengan...

Mulakan dengan...

Wednesday, January 6, 2010

Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi

Pengenalan

Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Tekanan Darah Abnormal

Kategori
Sistolik

Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90

Penyebab-penyebab

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & dan gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi-komplikasi

Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
  • Rawatan tanpa ubatan
    • Anda perlu mengubah cara hidup seperti
      • Kurangkan pengambilan garam
      • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
      • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
      • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
      • Hindari stress
  • Rawatan Ubatan 
Jom Sihat bersama DCL :)

Adakah Ia Migrain atau Hanya Sakit Kepala?

Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:
  1. Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
  2. Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
  3. Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?
Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju. Bagi tujuan penyembuhan anda boleh mengambil ubat yang sesuai dengan dos dan dapatkan rawatan doktor sekiranya migrain tidak berkurangan.

Penyakit Kulit (Ekzema)

Ekzema

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis
(kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang
kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan
menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan,
pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanakkanak
mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan
membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah
satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

• Keturunan.
• Alahan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu
dan permukaan yang kasar.
• Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan
alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :

• Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
• Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
• Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti
berikut:

• Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
• Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
• Krim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
• Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk
penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

• Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
• Elakkan mandi air panas/suam.
• Elakkan memakai baju berlapis-lapis
• Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
• Elakkan dari fabrik yang kasar.
• Jangan gunakan sabun apabila mandi.
• Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
• Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor
 
Sedikit info ini di adaptasi dari http://www.infosihat.gov.my

Saya ada cara rawatan penyakit ini. Hubungi saya segera.Insyallah.